Tips Keselamatan Perbankan Internet

perbankan internet

Faktor keselamatan merupakan isu yang paling utama dalam perbankan internet. Ada individu yang tidak percayakan perbankan internet. Ada juga yang tidak tahu menggunakan kemudahan itu walaupun telah bertahun-tahun menggunakan internet.

Mereka sanggup menunggu berjam-jam menunggu no giliran untuk urusan perbankan samaada untuk membayar bil ataupun pinjaman.

Golongan sebegini sememangnya ada dan kami juga dahulunya begitu. Sebenarnya kelebihan perbankan online ini dapat menjimatkan masa dan tenaga.Tak perlu tunggu lama-lama untuk membuat transaksi, hanya menunggu beberapa minit untuk menyelesaikan pembayaran tersebut tanpa keluar dari rumah.

Apa yang boleh anda lakukan dalam Perbankan Internet ?

  • Menyemak baki akaun dan penyata akaun dalam talian
  • Mengemukakan permohonan dalam talian untuk akaun baru, kad kredit atau kemudahan pinjaman
  • Membuat pelaburan deposit tetap
  • Memindah wang di antara akaun (milik sendiri dan pihak ketiga)
  • Membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans
  • Membuat, meminda atau membatalkan arahan tetap
  • Memohon buku cek dan penyata akaun
  • Menyemak status cek
  • Memohon arahan menghentikan pembayaran cek
  • Memohon draf bank dan pemindahan telegraf

Mungkin anda pernah dengar perbankan internet ini tidak selamat dan membahayakan. Sebenarnya sebelum bank melaksanakan kemudahan perkhidmatan perbankan internet, pihak bank telah pun mengkaji dan membuat polisi tertentu bagi melindungi wang anda.

Semua perbankan internet dibelakangi oleh mereka yang sangat pakar dalam keselamatan internet. Jika ia berjaya digodam sekalipun wang anda tetap akan dilindungi. Wang anda akan dikembalikan jika ia kesilapan di pihak bank. Walaubagaimanapun wang anda tidak akan dilindungi jika anda silap.

Dimana anda terperangkap emel phising, SMS Alert, website palsu dan mangsa kejuruteraan sosial. Disini anda perlu berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet.

Tips Keselamatan Perbankan Internet

1. Bahaya Menggunakan Rangkaian WiFi ditempat awam.

Menggunakan rangkaian Wifi untuk melakukan perbankan internet adalah tidak selamat. Ini disebabkan anda berkongsi rangkaian dengan orang lain. Banyak teknik yang dilakukan penggodam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain.

2. Bahaya Menggunakan Komputer Awam di Cafe Cyber

Anda tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika Cafe Cyber tersebut memasang perisian Keylogger, dimana setiap apa aktiviti anda akan dirakam untuk tujuan tidak baik.

Anda juga perlu berhati-hati menggunakan komputer yang dipinjam dari orang lain. Adalah lebih selamat jika anda melakukan perbankan internet menggunakan komputer sendiri dan menggunakan sambungan Internet peribadi. Jangan lupa membuang cookies atau browser cache setiap kali sesi.

3. Login Ke Akaun Bank Melalui Link Yang Di berikan Dalam Email

Perhatian ! Pihak bank tidak akan sesekali menghantar email kepada anda. Pihak bank selalunya akan menghantar surat berdaftar dan meminta anda ke bank berdekatan dan bukannya melalui email.

Jika anda menerima email daripada pihak bank anda yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat akaun anda dan meminta anda klik pada link yang diberikan di dalam email tersebut. JANGAN KLIK!. Ia sebenarnya adalah email palsu dan dikenali sebagai ¡°phising¡± atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet anda.

4. Taip Secara Manual Website Adress Bank Di Web Browser Anda

Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes Maybank2u atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses Cimbclicks.

Jika anda malas untuk menaip di web browser dan menggunakan search engine seperti Google dan Yahoo untul log in, sila pastikan alamat website itu betul. Sahkan laman Maybank2u atau Cimbclicks menggunakan ¡®Site Authentication¡¯. Klik icon ¡®kunci¡¯ di bar address anda.

5. Jangan Dedahkan Username & Password Anda

Username dan password anda hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN anda dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.

Namun, kini bank menggunakan system TAC iaitu Transaction Authorization Code dimana pemilik perlu mendaftar nombor telefon bimbit mereka di mesin ATM terlebih dahulu. Sebelum membuat

sebarang transaksi online, kita perlu meminta nombor TAC terlebih dahulu.

Nombor ini akan disms ke telefon bimbit anda. Ia adalah angka 6 digit. Transaksi tidak dapat dilakukan jika tiada nombor TAC ini. Jadi jangan serahkan telefon bimbit anda kepada sesiapa yang mengetahui maklumat perbankan internet anda.

6. Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Dan Program Perosak

Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus yang boleh dipercayai. Jika anda menggunakan OS Windows dan inginkan perisian Antivirus percuma yang tidak kurang hebatnya, kami mencadangkan anda muatturun Microsoft Security Essentials. Ia memberikan perlindungan dari virus dan spyware, termasuk Trojans, worms dan software berbahaya lainnya.

Anda juga hendaklah memastikan perisian Antrivirus dan Web Browser sentiasa di kemaskini untuk mendapatkan ciri-ciri perlindungan terbaru.

7. Berhati-hati Apabila Muatturun Sebarang Perisian

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang anda ketahui atau memasuki pautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak anda kenali.

Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi anda, termasuk kata laluan atau nombor PIN anda.

Apabila anda menerima sesuatu program atau lampiran, periksalah ia dengan program Anvirus yang terkini untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer peribadi anda.

8. Log Out Selepas Guna

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet anda, pastikan anda log keluar. Padamkan cookies atau browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Begitulah serba sedikit tips perbankan internet yang boleh anda ketahui untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Web Designer Kuala Lumpur

I am responsive!